Buka jam 08:00 s/d 17:00 sabtu minggu libur 082310543417 089602211309
(pcs)

Seputar Sejarah Singkat Batik Nusantara

Tuesday, February 7th 2017.

Seputar Sejarah Singkat Batik Nusantara – Berbicara mengenai seputar sejarah batik nusantara ini, banyak sekali yang perlu dibahas. Terlebih lagi jika anda memang mencintai warisan budaya di Indonesia, ini tidak hanya sekedar menyukai namun justru ingin mengetahui beberapa sejarah yang bersangkutan dengan seputar sejarah batik nusantara.

sejarah-batik

Membicarakan sekilas sejarah batik nusantara, perlu kita ketahui bahwa batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa ‘tik’ yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Sejarah batik Nusantara termasuk Malaysia dikatakan bermula sejak zaman kegemilangan Kerajaan Majapahit pada abad ke-12. Pedagang-pedagang dari kerajaan itu telah membawa hasil tenunan batik ke pelbagai wilayah di Asia Tenggara. Batik mula diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin telah diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di  negeri Kelantan dan Terengganu.

Pada peringkat awal, bahan-bahan pewarna yang digunakan untuk mewarnai batik terdiri daripada tumbuh-tumbuhan asli Indonesia yang dibuat sendiri antara lain; pohon mengkudu, tinggi, soga, nila, dan bahan sodanya dibuat daripada soda abu, serta garamnya dibuat dari tanah lumpur.

Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. Contoh motif adalah:

  1. Motif Bunga Orkid
  2. Motif Bunga Raya
  3. Motif Daun Sireh
  4. Motif Geometrik
  5. Motif Pucuk Rebung

Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang biasa digunakan adalah:

  • Corak Berdiri
  • Corak Jalur
  • Corak Melintang
  • Corak Menyeluruh
  • Corak Menyerong
  • Corak Tompok-tompok
  • Corak Ulangan Batu-bata
  • Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat
Kain putih direntangkan. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Pada asasnya, terdapat 3 teknik untuk menghasilkan corak batik:

– Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

– Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

– Batik Skrin
Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

– Jenis Fabrik
Terdapat beberapa jenis kain atau fabrik yang digunakan pada masakini. Setiap fabrik adalah berbeza pada tekstur, tahap kelembutan dan

– Kain Crepe
Fabrik sutera yang nipis dan lembut dengan permukaan tekstur yang berkedut menjadikannya amat selesa bila dipakai. Fabriknya seakan kain chiffon, tetapi tidak perlu lining.

– Kain Jacquard
Fabrik yang lembut dan licin. Sedikit tebal berbanding crepe namun tidak mudah berkedut. Kebanyakkan produk batik adalah dari jenis fabrik ini.

– Kain Rayon
Fabrik yang sedikit kasar namun tahan lasak berbanding Jacquard. Antara produk batik termurah sesuai dengan kualiti fabriknya.

Nah, sekarang bagaimana?, wacana kami yang berjudul “ Seputar Sejarah Batik Nusantara ” cukup mudah dipahami,kan ? Tentunya cukup menguak semua seputar sejarah batik nusantara yang menjadi salah satu warisan budaya Indonesia yang wajib kita abadikan, kan?

Semoga artikel kami dapat bermanfaat untuk anda semua , ya.

Kemeja Pria | Kemeja Casual | Kemeja Kantor Pria | Paul Checked Flanel

22%

Rp 140.000 180.000
Celana Panjang Long Chino Basic Soft Green

24%

Rp 160.000 210.000
new
Setelan hijab syar’i / Baju Gamis muslimah

16%

Rp 245.000 290.000
Kemeja Pria | Kemeja Flanel | Kemeja Casual Pria | Copperhill Flanel

22%

Rp 140.000 180.000
Sweater Bola Bayern Munchen Jumper

21%

Rp 165.000 210.000
Kemeja Batik Pria Lengan pendek

22%

Rp 140.000 180.000